January 06 2009 14:28:35 Home | Committee 2008 | Downloads | Discussion Forum
 
Time
Navigation
Home
Committee 2008
Downloads
Articles
Discussion Forum
Contact Us
Photo Gallery
Search
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 9
Unactivated Members: 32
Newest Member: croqster_gator
Welcome



Umno Christchurch(KUC) is a community organization serving students and Malaysians living in Christchurch New Zealand. Since its establishment in 2007, Umno Christchurch(KUC) has played an important role in attending the welfare of Malaysian society, particularly students in Christchurch. It is the channel for students to voice up their opinion and problems to the government and the leaders of Malaysia. KUC through its academic, religous, cultural and sports events organized throughout the year aims to promote the sense of togetherness and to cultivate integrity, leadership,professionalism among Malaysian students in Christchurch.
Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Kelab UMNO Christchurch (KUC) dengan kerjasama Persatuan Pelajar-Pelajar Postgraduate University of Canterbury dan Lincoln University (CLUMP) akan mengadakan Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk kaum muslimin yang berada di luar negara untuk melakukan ibadat akikah tanda syukur di atas kelahiran sang penyeri rumah tangga, dan juga untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sini tentang proses penyembelihan dan penyelenggaraan.
 
Penyertaan bagi program akikah ini tidak hanya dihadkan kepada masyarakat Malaysia di Christchurch, malah dibuka untuk kaum muslimin di seluruh New Zealand . Kami juga mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan yang tidak berhajat untuk mengerjakan ibadat akikah, tetapi berminat untuk menyedekahkan binatang sembelihan untuk program ini. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menghadiri majlis ini yang akan dilangsungkan pada 6 September 2008 bertempat di Wharenui Hall, Christchurch . (Sebarang pertukaran tempat akan dimaklumkan dengan segera)
 
Pada ketika ini, kami mengesyorkan kambing sebagai binatang penyembelihan untuk ibadat akikah. Selain harganya yang murah (sekitar NZD 90), proses penyelenggaraannya juga tidak begitu merumitkan. Tetapi binatang lain seperti rusa (sekitar NZD 250) juga dibolehkan bergantung kepada permintaan .
 
Daging-daging penyembelihan akan dilapah secara bergotong royong oleh pelajar-pelajar Malaysia dan keluarga-keluarga di Christchurch sehari sebelum majlis tersebut. Daging-daging yang diakikahkan sebahagiannya akan digunakan untuk jamuan pada majlis tersebut, dan sebahagiannya lagi akan diagihkan kepada penduduk di sini (bergantung kepada jumlah penyertaan keseluruhan).
 
Majlis ini diharap dapat menyatukan hubungan silaturahim antara warganegara Malaysia di New Zealand . Kami mensasarkan kehadiran lebih daripada 250 orang bagi majlis ini. Majlis yang akan dilangsungkan dalam bulan Ramadhan ini juga memberi peluang kepada kami di Christchurch berbuka puasa dan bertarawikh bersama. Dengan pertambahan penduduk Malaysia di sini, kami mengharapkan majlis seumpama ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha menyatu padukan hubungan kekeluargaan ini.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini dan kami menghargai sebarang bentuk sumbangan yang diberikan dalam menjayakan majlis kami. Sebarang sumbangan dan pertanyaan berkenaan dengan program ini boleh disuarakan kepada saudara Raja Ridhuan Khalid di nombor 021985404, (raja_ridhuan@yahoo.co.uk) atau saudara Ahmad Hafiidz di nombor 0210394212. Tempat untuk menyertai program ini adalah terhad, jadi pada sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada kami dengan seberapa segera.
 
p/s: Bersama ini juga disertakan borang pendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk menderma atau menyertai program akikah. Borang boleh dimuat turun di link ini  dan dihantar ke email kelab Umno Christchurch.

  
 
MARTABAT BANGSA GEMILANG
 
 
Kelab UMNO Christchurch
66B Waimari Road,
8041 Ilam
Christchurch
umno_christchurch@yahoo.com
Kunjungan Kementerian Pengajian Tinggi
news: DatoHassan.JPGnews: Dato Hassan2.JPG


On Thursdays, 20 March 2008, the delegates from Ministry of Higher Education lead by the Director General Prof Dato’ Dr. Hassan Said himself came to visit the students of Christchurch. A welcoming occasion was held at the Central Lecture Theatre of The University of Canterbury, and the event ran smoothly as below :-

6.30pm Arrival of Students and Guests. HAKA Performance by RAM

7.00pm Arrival of VIP and Delegation

7.15pm Prayers

7.20pm Welcoming Speech

7.30pm Speech by Mohd Azmir the President of Canterbury Malaysian Student Associations(CMSA)
and the president of Lincoln Malaysian Student Associations(LMSS)

8.00pm Speech by Prof Dato’ Dr. Hassan Said

8.30pm Dinner

9.15pm Questions and Answer Session

9.45pm Photography Session

10.00pm End


Umno Christchurch would like to take this opportunity to thank:-
Auntie Roselina of Malaysian Student Department, clubs of Christchurch, PETSOC, CMSA, RAM, LMSS and all the students for makings the event a success.

Malam Bersama Junior



On 7 March 2008, Umno Christchurch held its first activity "Malam bersama Juniors". It was held to allow 'ice breaking' between the seniors and the new students from Malaysia . On that night, seniors were given opportunity to share their experience living in Christchurch.

On behalf of the members of Umno Christchurch,we would like to welcome our new brothers and sisters into our family in Christchurch. KiORa!!
Global Malaysian Resume Bank


Assalamualaikum,

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput para-para graduan, undergraduate dan postgraduate yang akan menamatkan pelajaran mulai bulan Mei ini hingga Mei tahun hadapan untuk menyertai "Global Malaysian Resume Bank Project". Global Malaysian Resume Bank Project merupakan projek kerjasama antara Kelab-Kelab UMNO Luar Negara yang bertujuan untuk membantu para graduan untuk mencari peluang pekerjaan di syarikat-syarikat GLC dan Multinasional.

Secara ringkas,Kelab UMNO Christchurch akan mengumpulkan resume bakal-bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian untuk dikompilasikan dalam cakera DVD yang kemudiannya akan diedarkan ke syarikat-syarikat GLCs dan firma-firma multinasional di Malaysia.

Selain membantu ahli-ahli Kelab, dengan keluasan jaringan Kelab UMNO yang bertapak di serata dunia, ditambah dengan peningkatan penghantaran pelajar ke universiti terkemuka luar negara, Kelab UMNO mampu menjadi perintis untuk mengenal-pasti graduan-graduan cemerlang yang ingin pulang berkhidmat kepada negara, sekaligus menyumbang kepada kemajuan human capital bagi mengekalkan kemantapan ekonomi Malaysia.

Program ini adalah percuma untuk ahli Kelab, dan bukan ahli dikenakan yuran pemprosesan sebanyak NZD 3. Tarikh akhir untuk menerima resume daripada pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian bermula bulan Mei ini hingga Mei tahun depan ialah 31 Mac 2008.

Bagaimana untuk menyertainya?

'Save' kan resume anda (semoleknya hanya 1 muka surat sahaja) dengan di dalam MS Word ataupun PDF (digalakkan). Tajukkan ia dengan nama anda dan University. Contohnya: RajaRidhuan - University of Canterbury.pdf

Hantarkan email bertajuk Global Malaysian Resume Submission kepada Ahmad Hafiidz selaku orang yang bertugas untuk mengelolakan resume anda di http://uk.f259.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=maxconstantine@hotmail.com

Di dalam email itu, tuliskan
1)Nama penuh anda
2)Kelulusan (BSc, BA, MS atau PhD)
3)Bidang pengajian
4)Nama Universiti
5)Tarikh graduasi (contoh Disember 2008)

Saya sertakan sekali contoh template resume untuk mempermudahkan anda menyertai program ini. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapat di http://www.globalmalaysian.org/

Diharap anda semua akan mendapat manfaat melalui program ini. Jangan lepaskan peluang untuk bekerja di GLC-GLC di Malaysia.

Sekian Terima Kasih

Raja Ridhuan Khalid
Presiden Kelab Umno Christchurch

Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Prayer Time
Weather
Shoutbox
You must login to post a message.

rahsiarahim
19/04/2008 19:07
apsal kepala aku penyek?ceit. kalau pipi tembam tu normal la jugak..haha..

basriucs
13/04/2008 10:52
Kepala rahim macam penyek kat committee page..sorry bgho =P

rahsiarahim
23/03/2008 22:16
rasailah roti canai kami setiap Ahad insyaAllah. http://roticanaichristchu
rch.blogspot.com


sgkuriang
16/03/2008 16:40
upload upload.. ramai orang nak tgk gambar baru.. =p

vicesecretary
14/03/2008 15:03
Well Done Radin

rahsiarahim
12/03/2008 22:20
Good job webmasters!

vicesecretary
11/03/2008 15:00
Welcome Everyone !!!